Nampaknya sekarang tengah sibuk demam orang nak potong memotong.
Ini sebab hasil daripada iklan P1 Wimax untuk suruh orang potong
bagi sapa2 yang belum potong.
Iklan TVC dalam bahasa Malaysia punya double meaning di mana sorang
mamat ni tanya member dia dah potong ke belum. Bunyinya macam masih
belum potong (khatan) tapi sebenarnya mereka masih belum bertukar
dari broadband line (streamyx) ke wireless broadband (Wimax).
TVC dalam bahasa kantonis juga punya double meaning dengan feel
kalau dah potong, baru seronok. Dan yang cakap semuanya orang yang
dah kahwen belaka. Hmm...:)
Iklan untuk terget masyarakat Cina ini dah menimbulkan kontroversi
Ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, beliau meminta
agar syarikat P1Wimax menarik balik TVC versi Cina kerana ia satu
penghinaan dan diskriminasi terhadap wanita.
Iklan dan keseluruhan kempen ini ternyata berjaya sebab rata-rata
kajian kasar yang dilakukan, kebanyakannya dah POTONG dan bertukar
kepada Wimax. Antara kempen Wimax yang paling berjaya setakat ini.
Dihasilkan oleh Creative JuiceSil, ternyata iklan dengan nada komedi
ini berjaya mengubah persepsi pengguna yang dahagakan kelajuan mengakses
internet setelah kecewa dengan servis Streamyx yang tidak konsisten.
Namun hasilnya, ramai yang kecewa sebab bila dah POTONG! servis masih
lembab dan kadangkala lebih lembab dari kelajuan Streamyx. Di sinilah
kempen ini berjaya bila Creative JuiceSil berjaya memanipulasikan
minda pengguna. Hebat!!! Kempen ini pasti memberi pulangan berterusan
buat agency ini dalam beberapa tahun lagi.
Apa yang kita terlupa di sini, bila kita membuat perkiraan tanpa membuat
kajian. Telah terang ternyata dinyatakan dalam tagline Wimax bahwa mereka
"The Fastest Wireless Broadband Network"! Are we missing the point here?
Nope. Streamyx tetap terbaik walaupun servis tak konsisten kerana Wimax
memang penyedia broadband tanpa wayar yang terpantas, bukan yang
terpantas antara internet fixed line. :)
Inilah 'hype' dalam periklanan yang harus difahami semua. Iklan takkan menipu.
Iklan hanya bentuk promosi yang berlebih-lebih :)
Credits:
Project Potong
Client WiMAX Malaysia
Creative agency Creative JuiceSil, Kuala Lumpur
Exposure Print, radio, point-of-purchase
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment