Jom Tengok Sinbad!


Korang tau apa itu Bangsawan? Kalau korang ta tau, jom tengok Bangsawan Sinbad-Batu Permata Dewa bermula esok sampai ahad di Panggung Bandaraya DBKL.

Bangsawan Sinbad - Batu Permata Dewa merupakan bangsawan terbitan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara dengan kerjasama DBKL.

Bangsawan ini merupakan penutup kepada program Semarak Bangsawan 2009 anjuran JKKN. Masuk PERCUMA. Datang awal untuk memastikan tempat duduk. Persembahan akan diadakan pada 11-13 Disember, 8.30-10.30 malam.

Sinbad arahan Rosnan Nordin ini membariskan artis seperti A.Aris kadir, Syafinaz Selamat and Farawaheeda sebagai pendukung utama. Jom sama-sama memeriahkan bangsawan Sinbad - Batu Permata Dewa.

Tetamu kehormat ialah YB Menteri KPKK. Untuk keterangan lanjut hubungi 03-2052 3600/3702 (Ezlina) atau 3703 (Hassanal). Layari web jkkn di sini
top